SELAMAT DATANG KE BLOG ANGKARA TERJAH | ANDA ADA ISU RAKYAT, SILA HUBUNGI TALIAN HOTLINE 012-3854400 (WHATSAPP)

"Superbest Power", Jalinkan Kerjasama Dengan NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara Terjah)


KUANTAN: Syarikat pengeluar kopi Superbest Power,  secara rasmi menjalinkan kerjasama dengan NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) dalam mempopularkan jenama tersebut. Kerjasama telah dipersetujui oleh Pengarah Urusan Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd (Superbest Power), Kamal Mohd Nor dan Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli baru-baru ini. 


Kopi Superbest Power adalah jenama popular yang semakin disukai ramai sekarang. Tambahan pula syarikat tersebut telah menjadi penaja rasmi kejohanan bolasepak Piala FA sebelum ini. 


Menurut Shukri, beliau amat berterima kasih kepada Superbest Power kerana sudi menjalinkan kerjsama dengan NGO Angkara terutamanya tentang soal kebajikan dan kesihatan rakyat. 

"Kami sudah lama menantikan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperjuangkan isu-isu rakyat, dengan adanya kerjsama dengan Superbest Power maka diharapkan edisi terjah akan lebih berperanan lagi selepas ini. Bezanya kali ini kami akan membawa jenama Superbest Power", katanya.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak ialah edisi terjah  "Superbest Power Jejak Sihat"  yang akan menjelajah ke seluruh negara, bermula di Kuantan.

Sementara itu, Kamal pula menegaskan beliau berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan NGO Angkara kerana melihat mereka konsisten dalam memperjuangkan hak-hak rakyat sejak akhir-akhir ini. 


"Malah saya difahamkan, NGO terbabit berjuang membela rakyat tanpa menerima sebarang dana daripada mana-mana pihak sebelum ini. Maka itu, kami membantu dari sudut dana untuk diagihkan kepada prospek, disampin itu juga memberi mereka menggunakan produk-produk kami untuk gaya hidup sihat", kata Kamal. 

"Produk kami amat istimewa, Bagi penggemar kopi, tidak semua minuman segera mudah disediakan atau dibancuh kerana teksturnya menjadi gumpalan dan tidak enak diminum. Berbanding kopi segera yang ada di pasaran, sebelum memasarkan produknya, kajian dilakukan terlebih dahulu agar ia tidak memudaratkan kesihatan. Untuk mendapatkan produk terbaik, kajian ini dilakukan agar setiap lapisan umur dapat menikmatinya sebagai minuman harian. Ternyata formulasi ini tidak memudaratkan kesihatan kerana kandungan gula sedikit dan dicampurkan dengan pelbagai  herba tradisional,” katanya.


Campuran herba itu termasuk ekstrak tongkat ali, ubi jaga dan cendawan ganoderma yang diimport khas dari China. Herba tersebut diekstrak terlebih dahulu dengan menggunakan teknologi canggih bagi mengekalkan khasiat yang terkandung bahan terpilih itu. Bahkan kopi keluaran syarikatnya itu dihasilkan dengan kandungan tidak memudaratkan kesihatan jika diminum dalam kuantiti banyak.


“Bukan semua menggemari kopi kerana takut dengan kandungan gula tinggi dan dipercayai menjadi punca pelbagai penyakit. Namun, pelanggan atau pengguna tidak perlu bimbang kerana produk kami tidak mengandungi gula dan selamat diminum,” katanya.

Tetapi, Kamal menasihatkan pengguna seelok-eloknya produk itu diambil tiga kali sehari  iaitu waktu pagi, petang dan malam.



Kopi campuran tersebut bukan sahaja sedap diminum, malah sesuai untuk semua golongan termasuk ibu mengandung.“Ternyata minuman herba ini sesuai diamalkan kaum wanita untuk tenaga berpanjangan dan melancarkan peredaran darah haid. Tidak hanya sesuai untuk minuman panas, kopi ini mudah dibancuh dengan air panas ataupun sejuk,” katanya.


Selain produk popular kopi  Superbest Power, syarikat tersebut turut mengeluarkan lima jenis produk lain iaitu Susu Kambing Goat Power, Queen Fatimah Plus Collagen, kopi pracampuran Cintaku dan  minuman sunnah, Jus Qisya.


Menawarkan harga berpatutan, produknya boleh didapati dikebanyakan pasaraya besar di negara ini.

Bukan sahaja menggunakan khidmat ejen jualan dan stokis, ia turut diperolehi menerusi laman sesawang  superbestpower.com.my  dan Facebook, Superbest Power Malaysia bagi penghantaran seluruh negara.

Selaras dengan kerjasama ini, edisi terjah akan membawa produk-produk Superbest Power untuk diagih-agihkan kepada rakyat-rakyat yang memerlukan. Di samping itu, sumbangan dana juga akan diuruskan untuk golongan yang memerlukan. 

Justeru kepada anda yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami sakit kritikal, dipelawa mengamalkan produk-produk Superbest Power. Sila hubungi talian hotline 012-3854400 atau pejabat 09-5730200 (Angkatan Pembela Rakyat) untuk sebarang pertanyaan. Keutamaan diberikan kepada keluarga kurang mampu dan miskin termasuk ibu tunggal dan sebagainya. #sumber

Insiden Langgar Lembu, NGO Bongkar Banyak Lokasi "Pagar Bocor" Di LPT !


KUANTAN: Susulan kekerapan binatang masuk ke kawasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hingga terus mengancam keselamatan pengguna jalanraya, maka NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) telah melakukan edisi terjah pada 10 Januari lalu.

Mengejutkan, bila terdapat masalah kealpaan dan kecuaian yang telah dikenalpasti hingga menyebabkan binatang seperti harimau, babi, kerbau dan lembu berkeliaran di kawasan lebuhraya.

Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli, 45, dalam satu kenyataan di blog www.angkaraterjah.blogspot.my berkata isu pagar-pagar yang tidak selamat dan mengancam nyawa pengguna leburaya bukanlah mainan semata, malah terdapat bukti-bukti kukuh tentang kegagalan pihak konsesi lebuhraya menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan keadaan, biar pun mereka tahu banyak nyawa melayang akibat kemalangan langgar lembu sejak beberapa tahun lalu.

"Kami telah menerjah ke beberapa lokasi termasuk di KM339.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) laluan Paka ke Kuala Terengganu dan melihat sendiri situasi sebenar yang berlaku. Memang jelas pagar-pagar rosak dan berlubang akibat dibolosi binatang kini sudah tidak selamat lagi untuk digunakan", katanya.


"Antara faktor utama ialah kualiti pagar yang sudah tidak sesuai, pokok-pokok renek menutupi pagar hingga menjadi tempat lembu mencari makanan malah simen konkrit juga tidak digunakan antara pagar dengan tanah, agar kedudukan pagar jadi kukuh dan sukar ditembusi oleh mana-mana binatang".

"Malah saya melihat sendiri ada pintu pagar yang tidak ditutup hingga menjadi laluan keluar masuk binatang. Paling menyediahkan ada lokasi terdapat kandang lembu betul-betul berada di tepi lebuhraya laluan Paka-Kuala Dungun. Sebab tulah banyak lembu masuk ke kawasan lebuhraya dengan sewenang-wenangnya", dakwa Shukri.


Beliau turut menyaksiakan sendiri truck LPT2 mengejar lembu-lembu yang memasuki lebuhraya. "Kadang jadi lucu pula, petugas LPT2 terpaksa kejar lembu, mujur hari siang.. kalau malam macam mana.. Paling haru bila lembu lompat ke laluan sebelah, sedangkan truck LPT2 berada dilaluan sebelah lagi.. ini boleh membahayakan nyawa orang awam", kata beliau lagi.  

"Pengguna membayar tol untuk mendapatkan perkhidmatan yang selamat dan selesa, tiba-tiba nyawa mereka diancam dengan kehadiran anasir subversif seperti ini (binatang). Apakah kita mahu melihat ada lagi mangsa seterusnya yang mengalami kemalangan akibat terlanggar lembu dan binatang lain?."



"Memang benar pihak LPT meletakkan papan tanda awas lembu yang tertulis hati-hati memandu untuk makluman kepada pengguna lebuhraya, namun itu bukanlah jalan penyelesaian terbaik kerana ia langsung tidak efektif pada masa ini. Pihak konsesi wajar mengeluarkan kos untuk membina pagar baharu yang lebih kukuh dan berkualiti demi keselamatan pengguna".



"Jangan sayang duit, kutip tol dan untung juta-juta... buat penambahbaikan demi nyawa orang awam.. itulah tindakan yang wajib dilakukan oleh konsesi lebuhraya.. bukan sahaja di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), malahan lebuhraya lain di seluruh negara... Itu baru betul.. kos pasang papantanda gambar lembu murah dan tak berbaloi...sedangkan lembu dan binatang lain terus memasuki kawasan lebuhraya dengan sewenangnya", tambah beliau. 



Justeru, Shukri menggesa kerajaan bertindak tegas dalam hal ini dengan mengarahkan pihak konsesi lebuhraya lebih bertanggungjawab. 

"Sudahlah lebuhraya selalu rosak dan diperbaiki, kini masalah lain pula timbul...wajarkan pengguna berhadapan dengan situasi sebegini?.. Lebih baik tak perlu ada lebuhraya... dah tentu lembu berkeliaran di merata tempat jika ikut jalan negeri.. Ini tidak, pengguna bayar tol.. dahlah bila jalan rosak tol tak kurang.. harga sama.. Sepatutnya fikirkanlah langkah keselamatan untuk pengguna semua.. jangan fikirkan keuntungan semata-mata", jelas Shukri lagi. #sumber

"Pondok An-Nur" Terbakar Malam Tadi, 113 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang


KUANTAN: Seramai 113 orang pelajar Pusat Pendidikan Islam An-Nur (Pondok An-Nur) di Penor dekat sini  tinggal sehelai sepinggang apabila asrama lelaki pondok terbabit hangus dijilat api dalam satu kebakaran malam tadi. 



Kejadian mula disedari sekitar jam 8.10 malam itu telah menyebabkan  Dipercayai, ketika kejadian semua pelajar sedang mengikuti kuliah di surau pusat berkenaan sementara menunggu solat Isyak. Kerugian dianggarkan mencecah kira-kira RM400,000.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang memaklumkan mereka  mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 8.20 malam. Empat jentera dengan kekuatan 24 anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba kita mendapati api sudah marak dan memusnahkan hampir keseluruhan bangunan asrama itu. 



Pusat Pendidikan Islam An-Nuur lebih dikenali dengan nama Pondok An-Nur berdiri megah di atas tanah seluas 4.5 ekar di Kampung Penor sejak tahun 1994.. Pondok ini diasaskan oleh Ustaz Mokhtar Senik yang juga merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Pengambilan pelajar serta pengajian sulung pada di pondok ini bermula pada tahun 1996.


Aliran pengajian yang disediakan di Pusat Pendidikan Islam An-Nuur ialah pengajian pondok tradisional sehingga 4 Senawi atau 6 Tahun. Juga menyediakan Aliran Tahfiz (30 juzuk), Aliran Akademik (PMR dan SPM), Aliran Prasekolah (An-Nuur Islamic PreSchool – ANIS) dan Kolej Islam An-Nuur (KIAN) yang dalam pembangunan.



Sementara itu, anakanda kepada Pemangku Raja Pahang, YM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah telah hadir ke lokasi sekitar jam 10.30 malam.  


Sebaik sahaja tiba baginda telah dipersembahkan taklimat ringkas oleh mudir sekolah, kemudiannya dibawa menyaksikan bangunan asrama yang hangus terbakar itu.



Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengagihkan kain pelikat, alas tidor, bantal, selimut dan tuala kepada pelajar-pelajar berkenaan.  Turut hadir ke lokasi malam tadi ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Shafik Fauzan Sharif, Pegawai Daerah Kuantan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Ketua Polis Kuantan.



Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan bagi mengurangkan bebanan mangsa terbabit boleh salurkannya ke akaun Bank Islam (0601 9010 0218 680) dan Maybank (5560 1101 8085) atas nama Pondok An-Nur.


Info lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi  Ustaz Mokhtar Senik (0199532456), Mohd Zaki Mohd Zulkafali (0132743889) atau bendahari, Cikgu Ramdi (0199663629). Sumbangan orang ramai boleh meringankan bebanan mangsa dan pihak sekolah untuk membaik pulih semula kerosakan yang berlaku. #sumber

Perkhidmatan Mesin Rumput, Meracun, Menebas Dan Tebang Pokok Di Kuantan


Orang ramai terutamanya warga Kuantan kini boleh mendapatkan perkhidmatan potong rumput, meracun, menebas dan tebang pokok yang ditawarkan di page "Servis Potong Rumput Kuantan". Waktu perkhidmatan ialah dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari 









Superbest Power Jalin Kerjasama Edisi "Terjah Fakir" Dengan NGO Angkara !


MANTAP ~ Sykt Kopi Super Best Power Bakal Berkerjasama Dgn NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) Utk Edisi Terjah Fakir Mulai Bulan Ini. Kami Akan Agih Wang Tunai Dan Kopi Kesihatan Utk Fakir Miskin Yg Mengalami Berbagai Jenis Penyakit. 


Tkasih Kpd Shbt CEO Super Best Power, Encik Kamal Mohd Nor Yg Telah Memilih ANGKARA Utk Program Kebajikan 2017. 



Di Harap Usaha Ini Dpt Membantu Lebih Ramai Fakir Miskin Kembali Ceria Dlm Kehidupan Mereka. Sila Hubungi 0123854400 (Admin) Jika Anda Kenal Fakir Miskin Di Sekeliling Anda Yg Tidak Dapat Bantuan Kebajikan Drpada Mana2 Pihak. Cakna Demi Rakyat. #ANGKARA@TERJAH

** SUPERBEST POWER Ialah Penaja Utama Kejohanan Bolasepak Piala FA 2016

JAWATAN KOSONG (6)
(Eksekutif Pemasaran)

Terbuka Kepada Warga Kuantan Yg Berminat. Umur 18 Tahun Ke Atas. Sihat Tubuh Badan. Miliki Lesen Motor. Gaji Permulaan RM1,000+. Graduan Menganggur Di Galakkan Memohon. Sila Hadir Ke Temuduga Terbuka Kami Pd 16 Jan 2017 (9.00 am - 4.00 pm) Di Indera Mahkota. Sila Taipkan NAMA_ALAMAT_UMUR Ke 0123854400 Utk Info Selanjutnya.

Insiden 'Lembu Masuk Lebuhraya', NGO Bongkar Banyaknya Pagar Bocor Di LPT


TERJAH ~ Isu Pagar2 Lebuhraya Pantai Timur Yg Sudah Tidak Selamat Dan Mengancam Nyawa Pengguna Jalanraya. Ia Menyebabkan Mudah Di Bolosi Oleh Binatang Sprti Babi, Harimau, Kerbau, Lembu Dan Sebgainya.



Edisi Terjah 10 Jan 2017 (Jam 2.00 Ptg) Di LPT2 Di KM339.2 (Laluan Paka - K.Trg) Telah Berjaya Membongkarkan Terdapat Byk Pagar Lebuhraya Yg Rosak & Berlubang Di Percayai Menjadi Laluan Keluar Masuk Binatang2 Terutama Lembu Ke Kawasan Lebuhraya.

Inilah Yg Menjadi Punca Lembu2 Bebas Berkeliaran Atas Jalanraya & Mengancam Keselamatan Org Ramai. Byk Lg Lokasi Sebegini Yg Di Kenal Pasti Di Lokasi2 Lain Sepanjang LPT1 Dan LPT2. Nantikan Edisi Terjah Selanjutnya Menyusul.
Antara Isu2 Lain Yg Di Kenalpasti Sprti :-
- Ada Pintu Pagar Yg Tidak Berkunci, Jd Laluan Binatang Keluar Masuk.
- Simen Konkrit Tiada Antara Pagar Dgn Tanah Menyebabkan Ia Tidak Kukuh.
- Ada Lokasi Terdapat Kandang Lembu Di Bina Betul2 Di Tepi Lebuhraya.
- Pagar Yg Di Tutupi Pokok2 Yg Menjalar (Renek) Jd Rosak Mudah Lembu Panjat.
- Hutan Semak Samun Tak Di Bersihkan, Jd Lokasi Lembu Cari Makan.
- Pagar Hijau Yg Di Gunakan Sudah Tidak Sesuai, Dan Tidak Berkualiti Lagi WAJIB Di Ganti Sbb Itu Tanggung Jawab Konsesi.


Pengguna Bayar Tol Lalu Lebuhraya Untuk Lebih Selesa & Selamat. Tp Apa Guna Ia Lebih Bahaya Dari Jalan Biasa (Kelajuan 110KM/J). Binatang Pula Begitu Mudah Keluar Masuk Dan Bahayakan Keselamatan Terutamanya Pada Waktu Malam Hari.


Papantanda "Awas Lembu" Di Lokasi Tertentu Menunjukkan Pihak Konsesi Tahu Binatang Banyak Berkeliaran Di Kawasan Itu. Papan Tanda Bukanlah Langkah Keselamatan Yg Terbaik Pd Masa Ini Kerana Penambahbaikan Yg Wajar Ialah Meningkatkan Tahap Kualiti Pagar2 Di Sepanjang Lebuhraya.

Dengan Kos Keuntungan Jutaan Ringgit Yg Di Punggut Setiap Bulan, Maka Sudah Menjadi Tanggungjawab Konsesi Mengantikan Pagar Sedia Ada Dgn Yg Baru Lebih Teguh, Kukuh Dan Selamat. Kelemahan Ini Perlu Di Beri Perhatian Bukan Dengan Pacak Papan Tanda Semata2, Sedangkan Ia Memperjudikan Nyawa Pengguna Lebuhraya Yg Mahukan Perkhidmatan Terbaik Sebenarnya


Justeru, Kerajaan Perlu Cakna Dan Bertegas Dlm Menangani Isu Ini. Kita Tidak Mahu Lg Statistik Kematian Akibat Kemalangan Langgar Lembu Terus Meningkat. Konsesi Lebuhraya Perlu Keluarkan Bajet Untuk Tukar Pagar Demi Keselamatan Orang Ramai.

Jgn Hanya Mengejar Keuntungan Semata2 Tp Tanggung Jawab Sosial Sebegini Langsung Tidak Di Beri Keutamaan. Ubah Kualiti Pagar Sebelum Ia Bertambah Parah. Cakna Demi Rakyat. #ANGKARA@TERJAH


MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
www.angkaraterjah.blogspot.my
*** Anda Isu Rakyat? Laporkan Kepada Skuad Terjah. Dptkan Isu2 Terjah Terkini Di https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat