"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Kerajaan Di Gesa Siasat, Pegawai Guna "Nama Proksi", Untuk Bolot Lot Tanah !


Kerajaan Negeri Pahang, digesa memantau pemilikan hartanah "luar biasa" di kalangan kakitangannya. Ini kerana banyak aduan diterima daripada rakyat, kakitangan tertentu menggunakan kuasa mereka untuk membolot berekar-ekar tanah di seluruh negeri ini.

Senario ini sudah berlaku sejak sekian lama terutamanya melibatkan jabatan yang berkaitan dengan urusan tanah.

Mereka gunakan kuasa dan membolot tanah-tanah dengan kerjasama pihak-pihak tertentu di jabatan terbabit. Mereka bijak dan licik, menggunakan nama proksi agar aduan tidak boleh dibuat kerana bukan atas nama sendiri.

Rakyat memohon tanah bertahun-tahun, sampai ada yang meninggal dunia tapi akhirnya mereka yang dapat tanah yang dipohon dengan cara melapis pelan permohonan terbabit. Saya simpati dengan nasib rakyat Pahang, terutamanya yang dah berpuluh tahun mendiami sesuatu tanah itu. Mohon geran, tidak dilayan.. tiba-tiba dapat kat orang lain dengan kerjasama orang dalam.

Isu ini berlaku di seluruh negeri terutamanya jabatan yang berkaitan dengan hal ehwal tanah. 

Mereka juga tipu isytihar harta, kerana pemilikan hartanah terbabit menggunakan nama proksi dan saudara mara. Walhal milik mereka. Keuntungan dikaut dengan menjualkannya kepada pihak ketiga. Inilah yang terjadi, hingga pegawai rendah boleh mempunyai puluhan ekar tanah. Sedangkan rakyat marhaen memohon geran tanah untuk tapak rumah yang mereka diami pun tak dapat.

Perkara ini perlu disiasat dan mereka yang terlibat di bawa ke muka pengadilan kerana khianat terhadap amanah dan tanggungjawab hakiki. Katanya lagi, kerajaan boleh menyiasat melalui kakitangan di jabatan terbabit sendiri sebenarnya. 

"Banyak maklumat akan diperolehi, jika kerajaan serius untuk memnangani isu ini. Kita tidak mahu nama baik kerajaan rosak gara-gara pegawai yang tidak jujur. Demi kemewahan mereka tergamak membolot tanah-tanah untuk diri sendiri.


Blogger Cucumatkilau AKA
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkaran Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

www.angkaraterjah.blogspot.my